SSL PERHATIAN !!!: SILA GUNA WINDOWS INTERNET EXPLORER SAHAJA
Login eLesen (Telah Ada Sijil Digital)
 
PENGUMUMAN  

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Kepada Pelanggan-Pelanggan AELB yang dihormati sekalian,

 Tarikh Kemaskini: 26/04/2018
Ini adalah makluman kepada syarikat yang menggunakan
anti-virus KAPERSKY 2018.
Pihak syarikat dinasihatkan untuk menaiktaraf versi Kapersky dari 2018 ke 2019 atau ikuti langkah2 berikut: (SILA KLIK DI SINI )




 Tarikh Kemaskini: 02/04/2018
Kepada Semua Pemegang Lesen yang dihormati, terima kasih atas sokongan dan kehadiran Tuan/Puan pada Hari Bersama Pelanggan AELB 2018 yang telah diadakan pada 27 March 2018 yang lalu.

Tarikh Kemaskini: 24/11/2017
AELB dari masa ke masa mengukur Indeks Kepuasan Pelanggan bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat melapangkan masa dengan menjawab soal selidik yang disediakan.
Kerjasama tuan/puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
( sila klik di sini )


Tarikh Kemaskini: 18/08/2017
Keperluan menjelaskan pembayaran fee lesen dan Muatnaik Resit ke dalam sistem eSPP dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh kelulusan permohonan lesen berkuatkuasa pada 1 September 2017



Sekian, terima kasih



Pelanggan Yang Dihormati,
 Tarikh Kemaskini: 02/12/2014
1. Pengesahan Resit Bagi Pembayaran Fee Lesen Oleh Pemegang Lesen
  Bagi pembayaran fee lesen secara tunai, resit akan terus dikeluarkan kepada pemegang lesen dan mereka perlu memuatnaik sendiri resit bayarannya melalui eSPP agar lesen boleh dikeluarkan sebaik sahaja pegawai penilai mengesahkan pembayaran tersebut;
  Bagi pembayaran fee lesen secara atas talian (on-line) melalui bank, cara ini dibenarkan dan slip bayaran yang dikeluarkan oleh bank tersebut boleh diterima sebagai resit rasmi yang boleh dimuatnaik oleh pemegang lesen ke sistem eSPP bagi tujuan pengesahan sebelum lesen dikeluarkan; dan
  Bagi pembayaran fee lesen melalui cek secara pos, resit rasmi akan terus dikeluarkan oleh AELB sebaik sahaja cek tersebut diterima oleh kakitangan Unit Kewangan . Resit ini akan kemudian diposkan kepada pemegang lesen untuk dimuatnaik ke dalam sistem eSPP bagi tujuan pengesahan pegawai penilai sebelum lesen dikeluarkan.

2. Perkhidmatan atas talian eLesen ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui atas talian (Online) sahaja.

3. Permohonan menggunakan borang 'hardcopy" tidak diterima. Pengumuman ini telah dibuat melalui surat rasmi Jabatan ini. Salinan surat,
sila klik di sini.

4. Dalam tempoh 6 bulan AELB telah memberi kelonggaran kepada pemegang lesen untuk mengemukakan permohonan walaupun terdapat perkara-perkara tidak dikemaskini sepenuhnya.

5.Untuk permohonan lesen/ kebenaran/ pengiktirafan
sila pastikan semua maklumat adalah lengkap seperti gambar/ salinan Kad Pengenalan/ Maklumat Kursus/ Alamat dan lain-lain yang berkaitan. Pihak AELB hanya akan menilai permohonan yang lengkap dan kegagalan pihak tuan mengemaskini maklumat tersebut akan menyebabkan permohonan tuan digagalkan.
Terima kasih

Segalanya Di Hujung Jari Anda
Memohon lesen, kebenaran dan lain-lain TANPA BORANG "(HARDCOPY)". •Menyemak dan memantau status permohonan
•Mendapatkan dan mencetakan keputusan permohonan
•Menyemak bil dan menjelaskan pembayaran melalui Perbankan Internet
•Menerima pemberitahuan melalui email
•Mengemaskini maklumat syarikat
•Mencetak terus kelulusan-kelulusan yang dikeluarkan oleh AELB
•Pemegang lesen AELB Juruperunding (Kelas H : Khidmat Permonitoran Radiologi) boleh mengemaskini data permonitoran radiologi dan nuklear melalui modul eRAD terintegrasi di dalam aplikasi eLesen.
** Panduan Mencetak Sijil Lesen : [ Klik Di Sini ]
Panduan "Installation Digital Signature" kepada mereka yang telah membeli Sijil Tandatangan Digital Jika "install" salah, sila "remove certificate". Internet Explorer/Tools/Internet Options/Content/Certificates/Remove. Untuk lihat gambar klik di sini.

Contoh "installation certificate" yang betul: Klik disini
Sesi Tunjuk Ajar Bersama Pelanggan eLesen
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang masalah dan memerlukan bantuan segera, Tuan/Puan boleh membuat temujanji dengan En.Khairil Faizil Bin Ismail dan En.Muhammad Hafiz Bin Mustaffa di talian 03-89225888 ext 5735 | 5512 atau emel kepada bantuan pelanggan MNR-Customer@aelb.gov.my atau datang ke Kaunter Perlesenan di mana pegawai kami akan sedia membantu Tuan/Puan.
 

Pengenalan KEPERLUAN PENGGUNA eLesen (Mesti Baca)

1. Semua transksasi di atas talian aplikasi eLesen ini tertakluk di bawah Akta Tandatangan Digital dan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik.

2. eLesen memerlukan Sijil Digital yang sah Digicert - elesen.aelb.gov.my.
Untuk tujuan Pendaftaran Pengguna dan mendapatkan Sijil Digital yang sah, Pilih dan Klik salah satu Pautan (Link) yang sesuai berikut:-.


   - Bagi syarikat yang belum atau TIDAK mempunyai lesen dengan AELB (Syarikat Baru) dan TIADA Sijil Digital.
 
   - Bagi syarikat yang telah mempunyai lesen dengan AELB dan TIADA Sijil Digital.

Seterusnya sila cetak borang pendaftaran dan isikan bahagian berkaitan Sijil Digital dan faks kepada Digicert Sdn. Bhd (No. Faks: 03-8992 8811 ) atau imbas (scan) dan email kepada customercare@digicert.com.my.

3. Mulai 1 Januari 2014, tahap keselamatan Sijil Digital dipertingkatkan daripada 1024-bit kepada 2048-bit. Kos untuk Sijil Digital 2048-bit ini adalah:-

Tempoh
Harga Asal
(RM)
6% GST
(RM)
Harga Terkini
(RM)
6 Bulan
40.00
2.40
42.40
1 Tahun
50.00
3.00
53.00
2 Tahun
100.00
6.00
106.00

Pembayaran perlu dibuat kepada Digicert Sdn. Bhd. Pembayaran boleh dibuat melalui Tunai, Cek (atas nama Digicert Sdn Bhd) atau Wang Pos.

4 . Untuk membaharui (renew) Sijil Digital, Tuan/Puan boleh mendapatkan terus daripada DigiCert Sdn. Bhd.; TIDAK PERLU lagi Klik Daftar Baru.

5. Maklumat lanjut sila layari https://www.posdigicert.com.my/ atau hubungi Khidmat Pelanggan Digicert Sdn. Bhd (Tel: +603 8800 8008).

6. Pastikan menggunakan browser IE 8 ke atas.

7. Sekiranya anda "Deny" atau "Cancel" penggunaan Sijil Digital semasa klik Login eLesen, anda tidak dibenarkan login semula ("The website declined to show this webpage"). Untuk Login semula, sila Clear" SSL pada IE anda. Caranya: Klik Tools/Internet options/Content/Clear SSL state.







SSL

1. Sistem peperiksaan ini disediakan untuk individu yang ingin memohon untuk menduduki peperiksaan Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO), Pengendali Ujian Kebocoran (PUK) dan Pengendali Reaktor (PR).

2. Pengguna sistem peperiksaan ini didaftarkan atas nama individu dengan menggunakan No Kad Pengenalan sebagai ID. Setiap pekerja (yang berkaitan di atas) yang hendak diiktiraf perlu menduduki peperiksaan berkenaan.