Senarai Pengumuman
Tarikh Kemaskini : 20/06/2018
Untuk mengatasi masalah cannot login to System (HTTP 403) ini, sila akses Portal Lembaga Perlesenan Tenaga Atom di http://www.aelb.gov.my dan klik tab MUAT TURUN -> (DIGISIGN ID BASIC). Kemudian lakukan proses instalasi seperti langkah berikut : (KLIK DI SINI). Setelah selesai proses instalasi, tutup dan buka semula Internet Explorer (IE). tanpa perlu remove certificate yang lama. Jika ada sebarang masalah, sila berhubung dengan AELB atau POS DigiCert. Sekian, terima kasih.
 
Tarikh Kemaskini : 26/04/2018
Ini adalah makluman kepada syarikat yang menggunakan
anti-virus KAPERSKY 2018.
Pihak syarikat dinasihatkan untuk menaiktaraf versi Kapersky dari 2018 ke 2019 atau ikuti langkah2 berikut: (SILA KLIK DI SINI )
 
Tarikh Kemaskini : 24/11/2017
AELB dari masa ke masa mengukur Indeks Kepuasan Pelanggan bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat melapangkan masa dengan menjawab soal selidik yang disediakan.
Kerjasama tuan/puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
(sila klik di sini )
 
Tarikh Kemaskini : 18/08/2017
Keperluan menjelaskan pembayaran fee lesen dan Muatnaik Resit ke dalam sistem eSPP dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh kelulusan permohonan lesen berkuatkuasa pada 1 September 2017
 
Tarikh Kemaskini : 13/07/2018
Merujuk kepada Mesyuarat Perlesenan Bil.5/2018, dimaklumkan bahawa Mesyuarat telah bersetuju tempoh pembaharuan lessen perlu dibuat tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh sah lesen.
 
Tarikh Kemaskini : 24/07/2018
Dimaklumkan kepada pemegang lesen bahawa mana-mana model mesin sinar-x jenis kabinet yang telah diluluskan oleh AELB daripada kawasan kawalan kepada kawasan seliaan, pengelasan semula kawasan kerja akan turut diberikan kepada mana-mana pemegang lesen yang menggunakan model yang sama. Walaubagaimanapun, permohonan masih perlu dikemukakan tanpa perlu mengemukakan dokumen sokongan [ Muat Turun ]
 
Tarikh Kemaskini : 24/09/2018
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) akan mengalami gangguan talian internet pada 27 hingga 28 September 2018 kerana kerja-kerja konfigurasi dan pengujian IP Address yang baru. Gangguan ini akan melibatkan Sistem eLesen, Laman Web AELB dan juga Email Jabatan secara keseluruhannya. Dijangka proses ini akan selesai pada 28 September 2018 (Jumaat) sekiranya tiada gangguan pada talian internet LPTA. Sekian, terima kasih.
 
Tarikh Kemaskini : 01/11/2018
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada 03 NOVEMBER 2018 (SABTU) bermula jam 7.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG kerana kerja-kerja penyelenggaraan pencawang utama AELB. Gangguan ini akan melibatkan Sistem eLesen, Laman Web AELB dan juga Email Jabatan secara keseluruhannya.

Dijangka sistem boleh beroperasi semula pada jam 6.00 PETANG sekiranya tiada gangguan pada bekalan elektrik AELB.

Sekian, terima kasih.